Auto Added by WPeMatico

SUNGAI PETANI – Kes pergaduhan membabitkan dua pelajar sebuah sekolah menengah, dekat sini kelmarin akan cuba diselesaikan secara baik.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Linda Yee yang dihubungi memaklumkan, satu perjumpaan antara waris dan pelajar terlibat akan diadakan esok untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
“Saya dimaklumkan satu sesi perjumpaan akan diadakan dan berharap ia dapat memperoleh hasil yang baik.
“Ini kerana pihak sekolah menganggap itu hanya pergaduhan kecil akibat salah faham antara dua pelajar dan bukan kes buli seperti yang ditularkan di dalam media sosial,” katanya.
Menurutnya, dia juga difahamkan satu laporan lengkap kejadian telah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda dan Jabatan Pendidikan Negeri oleh pihak pentadbiran sekolah.
“Netizen diharap tidak membuat spekulasi dan terus menyebarkan video pergaduhan mengatakan ia kes buli sedangkan kejadian itu hanya melibatkan salah faham antara pelajar terbabit,” ujarnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan dua pelajar bergaduh disebabkan salah seorang dari mereka tidak berpuas hati dengan tindakan permohonan maaf seorang pelajar lain selepas terkena bola takraw semasa berlangsung waktu Pendidikan Jasmani di padang sekolah itu pada pukul 5 petang kelmarin. – KOSMO! ONLINE
The post Kes gaduh bukan buli – PIBG appeared first on Kosmo Digital.