Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang pembeli berang dengan tindakan peniaga dalam talian yang mengutuknya selepas menerima mesej pulangan semula barang.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut menerima mesej daripada penghantar barang untuk proses pemulangan selepas barang yang dibelinya pecah.
“Ayah aku minta beli barang di TikTok, sekali dapat tahu daripada penghantar barang yang barang pecah. Tiba-tiba dapat mesej macam ini daripada peniaga. Kau memang silap orang nak cari gaduh
“Masalah aku ke kalau penghantar barang cakap barang pecah? Kau daripada jual ubat kurap, baik jual kismi sahaja. Biar cerdik sikit,” katanya.
Individu berkenaan turut meminta peniaga memulangkan semula duit ketika proses pemulangan semula barang.
Peniaga tersebut didakwa tidak mengambil maklum situasi sebenar antara penghantar barang dan individu berkenaan.
“Kalau tak nak terima barang, jangan gatal nak beli. Tolong cakna orang hantar barang guna modal tapi bila pulang semula, rosak botol pecah,” ujarnya.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berpuas hati dengan pergaduhan antara individu dan peniaga berkenaan.
“Terima kasih atas makiannya. Saya berpuas hati membacanya. Kalau ada depan mata, sudah lama bagi penampar,” komen @Tyhrah_.
“Padat, tepat dan padu terus menusuk ke jantung peniaga. Padan muka, macam tak boleh cakap elok-elok,” komen @Arenieda. —KOSMO! ONLINE
The post ‘Kau daripada jual ubat kurap, baik jual kismis biar cerdik sikit’ appeared first on Kosmo Digital.