Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Pendang menunjukkan sedikit peningkatan apabila seramai 576 orang daripada 160 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang ini.
Sementara itu, jumlah mangsa di daerah Kota Setar dan Pokok Sena berkurangan dengan masing-masing mencatat 135 orang daripada 36 keluarga dan 70 orang daripada 21 keluarga. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, satu PPS di Kota Setar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman ditutup pada pukul 3.30 petang tadi. Secara keseluruhan, 781 mangsa daripada 217 keluarga masih berlindung di lima PPS di tiga daerah berkenaan.
Satu sungai dilaporkan mencatat paras air melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Pendang di Pekan Pendang. – KOSMO! ONLINE
The post Mangsa banjir di Pendang bertambah, daerah lain berkurangan appeared first on Kosmo Digital.