Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Tindakan seorang pekerja penghantaran membersihkan serpihan kaca di atas jalan raya di pekan Arau, Perlis, menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @abangcamera, lelaki berkenaan dilihat membersihkan kaca yang berselerakan di bawah jejambat menggunakan penyapu dan penyodok.
“Tindakan sangat bermakna dan menyentuh jiwa siapa yang tengok. Terima kasih orang baik,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut turut menyentuh hati pengguna media sosial lain yang memuji sikap prihatin lelaki itu kerana membantu memastikan jalan kembali bersih dan selamat untuk digunakan.
“Patut pihak berwajib kena bagi penghargaan kepada dia. Kalau dia tidak tolong, boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal,” komen Jamesjay.
“Sangat berterima kasih. Ini kalau motosikal terkena serpihan, boleh koyak tayar dan rosak rim. Sudah tidak boleh pakai dan perlu ganti baru. Semoga selalu dalam rahmat-Nya,” kata Turman.
“Terima kasih tuan, benda yang tidak semua orang mampu buat walaupun hanya mungkin tendang objek tengah jalan ke tepi,” komen Fesal. – KOSMO! ONLINE
@abangcamera Terima kasih org baik #arau #perlis ♬ original sound – Jaehind_Official
The post [VIDEO] ‘Rider’ sapu serpihan kaca jentik jiwa netizen appeared first on Kosmo Digital.