Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Sempena cuti hujung minggu yang panjang berikutan sambutan Hari Wesak pada hari Isnin ini, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mula sesak sejak pagi tadi apabila ramai pengguna jalan raya mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman serta membawa keluarga bercuti.
Tinjauan Kosmo! melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 12.10 tengah hari tadi, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara mula perlahan ekoran pertambahan kenderaan terutama di laluan Rawang, Tapah, Gua Tempurung dan Terowong Menora.
Sementara itu, bagi laluan menghala selatan pula, trafik sesak di Plaza Tol Sungai Besi manakala pertambahan kenderaan secara berperingkat dilihat berlaku di laluan Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson serta Kulai dan Skudai, Johor.
Semakan Kosmo! pada laluan menghala ke Pantai Timur terutama di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KL) mendapati berlaku peningkatan ketara jumlah kenderaan di Plaza Tol Gombak, bagaimanapun beberapa kilometer di hadapan sudah menunjukkan kelancaran trafik. – KOSMO! ONLINE
The post Cuti hujung minggu dan Wesak, ramai pilih balik kampung, bercuti appeared first on Kosmo Digital.