Auto Added by WPeMatico

PONTIAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, selama dua penggal, Jamilah Endan, meninggal dunia di Hospital Pontian, disini, petang ini.
Allahyarham merupakan bekas ADUN Kukup selama dua penggal dari 1999 hingga 2008.
Menurut anak ketiganya, Norazrin Amir Hamzah, allahyarhamah ibunya berusia 81 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-parunya.
Katanya, sebelum ini ibunya telah dimasukkan ke Hospital Pontian pada 3 Mei lalu.
“Arwah ibu meninggal dunia pada pukul 5.50 petang ini,” katanya ketika ditemui Unit Forensik, Hospital Pontian, di sini tadi.
Menurut Norazrin, jenazah ibunya akan dibawa baliknya ke rumahnya di Kampung Rambah selepas selesai dimandi dan dikapankan di Hospital Pontian malam ini.
“Jenazah ibu akan dikebumikan sebelum solat zohor esok di Wakaf Masjid Jamek Kampung Rambah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Bekas ADUN Kukup meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital.