Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang melanda ibu negara petang ini menyebabkan berlaku air bertakung di beberapa lokasi sekitar pusat bandar.
Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Kuala Lumpur (KLCCC) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan antara laluan terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Maharajalela dan Jalan Tun Sambanthan.
“Cuaca hujan lebat dan air bertakung di beberapa lokasi sekitar pusat bandar,” katanya dalam hantaran itu.
Menurut kenyataan itu, keadaan cuaca yang berterusan mengakibatkan takungan air di beberapa kawasan rendah sekali gus menjejaskan kelancaran trafik. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat, beberapa jalan utama Kuala Lumpur dinaiki air appeared first on Kosmo Digital.
