Auto Added by WPeMatico

![]()
WASHINGTON – Presiden Donald Trump semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$10 bilion(RM40.8 bilion) daripada Perbadanan Penyiaran British(BBC) berhubung dokumentari yang menyunting ucapan beliau pada 2021.
Saman difailkan di sebuah mahkamah persekutuan Miami itu menuntut pampasan tidak kurang daripada AS$5 bilion(RM20.4) bagi setiap pertuduhan terhadap BBC, atas dakwaan memfitnah dan melanggar Akta Amalan Perdagangan Menipu dan Tidak Adil Florida.
Trump, 79, sebelum ini berkata, tuntutan mahkamah akan berlaku kerana BBC telah ‘meletakkan kata-kata dalam mulut saya’ dan menuduh badan penyiaran itu menggunakan teknologi kepintaran buatan(AI).
Dokumentari kontroversi itu disiarkan tahun lalu menjelang pilihan raya Presiden 2024, dalam program hal ehwal semasa utama BBC, Panorama.
Video tersebut menggabungkan dua bahagian berasingan ucapan Trump pada 6 Januari 2021 dengan cara menjadikannya seolah-olah beliau menggesa penyokong supaya menyerang bangunan Capitol, di mana ahli-ahli parlimen mengesahkan kemenangan Joe Biden pada 2020.
“BBC yang dahulunya dihormati tetapi kini memalukan, memfitnah Presiden Trump dengan sengaja, berniat jahat, dan menipu dengan memanipulasi ucapan beliau dalam cubaan terang-terangan untuk menggugat Pilihan Raya Presiden 2024,” kata seorang jurucakap pasukan undang-undang Trump kepada AFP.
Skandal itu memaksa ketua pengarah BBC dan eksekutif berita tertinggi organisasi berita itu meletak jawatan. – AFP
The post Trump saman BBC lebih RM40 bilion appeared first on Kosmo Digital.