Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Malaysia berjaya menghasilkan lebih 54 tan metrik bawang domestik tahun lalu melalui Program Penanaman Bawang Berskala Besar.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu berkata, penghasilan itu satu kejayaan yang membanggakan bagi tahun 2025.
“Program Penanaman Bawang Berskala Besar telah membuktikan kemampuan kita memperkasa pengeluaran makanan negara.
“Sebanyak 157 hektar kawasan berjaya diusahakan dengan penglibatan 125 pengusaha tempatan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Mohammad berkata, kejayaan itu juga hasil perancangan yang tersusun, kerja kuat di lapangan dan komitmen semua pihak terlibat.
Kata beliau, pencapaian 2025 itu menjadi pemangkin untuk pihaknya melangkah lebih jauh demi masa depan rakyat dan negara. – KOSMO! ONLINE
The post Malaysia berjaya hasilkan 54 tan metrik bawang domestik appeared first on Kosmo Digital.