Auto Added by WPeMatico

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) memulakan siasatan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) berhubung kemalangan maut melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.
MOTAC dalam kenyataan berkata, pihaknya turut mengeluarkan notis pemeriksaan dan surat tunjuk sebab kepada entiti-entiti perniagaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur- Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
“MOTAC turut menziarahi mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.
“Kami juga akan bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menyelesaikan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.
“Ia agar hukuman setimpal dikenakan bagi kesalahan itu dan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya hari ini.
Jelasnya, tindakan lanjut akan diambil setelah selesai siasatan.
“MOTAC ingin menegaskan komitmen dalam memastikan aktiviti pelancongan di Malaysia sentiasa dilaksanakan dengan selamat, beretika dan bermanfaat untuk generasi masa depan.
“Kami merakamkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan mendoakan agar semua pelajar yang tercedera diberikan kesembuhan segera,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
The post Nahas UPSI: MOTAC keluar surat tunjuk sebab entiti terlibat appeared first on Kosmo Digital.