Auto Added by WPeMatico

NEW DELHI – Seorang wanita terperanjat apabila menemui seekor ular tedung selar bersembunyi di dalam bantal peluknya, lapor portal berita DNA India semalam.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @reenagarg_hr06_ menunjukkan wanita itu cuba mengeluarkan reptilia berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
Situasi bertukar cemas apabila ular itu tiba-tiba mendesis, menunjukkan ia marah kerana diganggu.
Masih belum jelas bagaimana keadaan ular dan wanita tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih 468,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Ini adalah ketakutan terbesar saya! Kalau saya, saya akan lari dari rumah itu!” kata seorang netizen.
“Saya mungkin terkena serangan jantung jikalau berada dalam situasi seperti ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Wanita jumpa ‘king cobra’ dalam bantal peluk appeared first on Kosmo Digital.