Auto Added by WPeMatico

![]()
KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini turun kepada 9,596 orang hari ini berbanding 13,479 mangsa yang direkodkan semalam, susulan ramai mangsa di daerah Kuantan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, bagaimanapun Bera dan Temerloh menjadi daerah terbaharu merekodkan mangsa banjir iaitu masing-masing 32 orang dan dan 53 orang mangsa.
“Kuantan masih merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 8,129 mangsa daripada 2,737 keluarga diikuti Pekan (1,038), Rompin (152), Maran (33) dan Lipis seramai lima mangsa.
“Kesemua mangsa di tempatkan di 67 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, pada masa ini terdapat lima batang sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Temerloh, Sungai Pahang di Bera, Sungai Pahang di Maran, Sungai Luit di Maran dan Sungai Pahang di Pekan.
Katanya, enam sungai pula berada pada paras amaran iaitu Sungai Chereh di Kuantan, Sungai Soi di Kuantan, Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Sungai Pahang di Jerantut Feri, Sungai Pahang di Temerloh, Sungai Pahang di Maran dan Sungai Lepar di Kuantan. – KOSMO! ONLINE
The post Mangsa banjir di Pahang turun kepada 9,596 orang appeared first on Kosmo Digital.