Auto Added by WPeMatico

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan membakar pondok rehat milik abangnya, mencederakan mangsa dengan sebilah sabit selain memiliki senjata tersebut dan pisau di Bachok dekat sini baru-baru ini.
Tertuduh, Mohd. Fazrul Izuan Mohamad, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api iaitu membakar pondok rehat milik abangnya, Mohamad Faizul, 42, hingga menyebabkan kerosakan kira-kira pukul 4 petang di kawasan kebun pisang dan pokok kelapa di Kampung Chenda Gunong, Bachok dekat sini pada 27 April lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd. Fazrul didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa yang sama dengan menggunakan sebilah pisau sabit di sebuah rumah di Kampung Bukit Chenda Gunong, Bachok dekat sini kira-kira pukul 12.10 malam pada 2 Mei lalu.
Berdasarkan pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa memiliki sebilah pisau sabit berukuran 22 sentimeter (cm) termasuk hulu yang dipegang di tangan kanan dan sebilah pisau dengan panjang 21.4 cm yang terselit di pinggang tanpa kebenaran yang sah.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
The post Buruh didakwa bakar pondok, libas abang dengan sabit appeared first on Kosmo Digital.