Auto Added by WPeMatico

![]()
CAPE TOWN – Sebuah rakaman video tular memaparkan detik cemas bangkai seekor buaya gergasi dipindahkan dari sungai dipenuhi reptilia itu dengan menggunakan helikopter, lapor akhbar The Sun UK.
Komander pasukan menyelam polis tempatan, Kapten Johan ‘Pottie’ Potgieter melaksanakan tugas tersebut dengan cara turun ke sungai menggunakan tali yang tergantung pada sebuah helikopter.
“Terdapat dua ekor buaya berdekatan sedang memerhatikan ketika saya menyarungkan abah-abah di pinggang bangkai buaya itu dan mengikatnya di bawah kaki hadapan serta mengetatkan tali.
Potgieter dan buaya yang ditembak mati terlebih dahulu itu diterbangkan ke zon pendaratan sebelum reptilia tersebut dibelah untuk melihat isi perutnya.
Nekropsi lapangan yang dijalankan membawa kepada penemuan dua lengan manusia yang terputus dengan tangan masih melekat, separuh sangkar rusuk dan daging dada.
Sebentuk cincin dipercayai milik ahli perniagaan yang hilang, Gabriel Batista, 59, juga telah ditemui pada salah satu jari mangsa.
Pemeriksaan asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mayat kini sedang dijalankan. – AGENSI
The post Helikopter angkut buaya kenyang makan bos hotel appeared first on Kosmo Digital.
