Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM3,000 pada dua tahun lalu.
Tertuduh, Nik Mohamad Azaha Mohd. Zohari, 59, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Nik Mohamad Azaha yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu dekat sini didakwa memperoleh suapan berjumlah RM990 sebagai dorongan melepaskan seorang lelaki daripada tahanan polis.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Permaisuri, Setiu dekat sini pada 22 Ogos 2024.
Dia turut didakwa menerima suapan berjumlah RM2,010 daripada lelaki dengan tujuan dan tarikh sama di sebuah bank berasingan di Setiu dekat sini.
Nik Mohamad Azaha didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Hakim Azman membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM7,000 dan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula pada 26 Jun depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, m Rabiatul Addawiah Mohd. Noorlee manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nur Faid Afiq Aziz. – KOSMO! ONLINE
The post Sarjan polis didakwa makan suap RM3,000 appeared first on Kosmo Digital.
