Auto Added by WPeMatico

![]()
PORT DICKSON – Gara-gara dendam, tiga buruh ladang warga Bangladesh maut dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Linggi di sini semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sebelum kejadian, berlaku pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki warga Bangladesh termasuk suspek dan tiga mangsa yang juga rakan sekerja.
“Pada pukul 4.15 petang semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian pergaduhan melibatkan warga Bangladesh di sebuah rumah di Taman Linggi. Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota yang pergi ke lokasi menahan seorang lelaki Bangladesh berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut,
“Satu mayat dijumpai dalam rumah yang kemudiannya membawa kepada penemuan dua lagi mayat di kawasan Ladang SUA Manggis, Linggi. Ketiga-tiga mangsa yang berusia 40 hingga 50-an disahkan maut akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Jelas beliau, seorang lagi mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Rembau.
Semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi proses permohonan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Motif sebenar kejadiam masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Tiga dibunuh angkara dendam appeared first on Kosmo Digital.
