Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan hujan lebat serta angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah sehingga pukul 4 petang hari ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan MetMalaysia, antara kawasan berisiko adalah seluruh negeri Perlis serta sebahagian daerah di Kedah meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Selain itu, di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, manakala di Perak, daerah terkesan ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang,” lapor MetMalaysia.
MetMalaysia menambah, amaran sama turut dikeluarkan di Sabah membabitkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat, angin kencang di 5 negeri hingga 4 petang appeared first on Kosmo Digital.