Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Orang ramai berdepan detik cemas apabila terkandas berjam-jam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam gara-gara bagasi yang disyaki mengandungi bahan letupan.
Pengalaman tersebut dikongsi beberapa pengguna di media sosial susulan kejadian tersebut yang berlaku di ICQS Bukit Kayu Hitam malam tadi.
Menurut seorang pengguna dikenali sebagai Yasmin Aleeya, dia terkandas di ICQS tersebut selama dua jam selain turut mendengar bunyi letupan.
“Nak jadi cerita kena sidai dua jam di border (sempadan) Bukit Kayu Hitam. Dengar letupan bom tu, selalu tengok ‘movie’ saja,” katanya.
Selain itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mymy Yourhanis berkata, dia turut melalui perkara semasa mahu pulang ke Malaysia dari Thailand.
“Nak jadi rezeki malam ni nak keluar dari Thailand border (sempadan) Malaysia tutup katanya ada penemuan bom dalam luggage (bagasi) sangkut dua jam kat situ tapi serius naik seram bila dengar sendiri mereka tengah letupkan bom tu,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah digerakkan ke ICQS Bukit Kayu Hitam selepas sebuah bagasi tanpa pemilik dikesan mengandungi imej disyaki bahan letupan dan dadah menerusi mesin pengimbas.
Pihak polis menerima maklumat mengenai sebuah beg yang ditinggalkan di ruang pemeriksaan Imigresen/Kastam Blok B Kompleks ICQS itu kira-kira pukul 5.55 petang semalam.
Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada bahan letupan ditemui di dalam bagasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE
The post Cemas terkandas di ICQS gara-gara ancaman bom appeared first on Kosmo Digital.
