Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Rata-rata penduduk menyenangi keperibadian calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim selain mereka yakin kerusi tersebut dapat dipertahankan PH buat tiga penggal berturut-turut.
Seorang peniaga, Mohd. Ali Hanafiah, 45, berkata, Muhammmad Nazri yang mesra disapa Tok Naz atau Haji Nazri sudah lama terlibat turun padang membantu masyarakat di sini dan merupakan anak jati Ampangan.
“Jadi tidak hairanlah masyarakat di sini selesa dengan Muhammad Nazri, tambahan pula telah banyak pembangunan dilakukan PH sepanjang memegang pentabiran di Negeri Sembilan terutama di Ampangan.
“Saya tetap akan pilih PH kerana banyak masalah rakyat di Ampangan telah diselesaikan terutama isu banjir, jika tidak sebelum ini setiap kali hujan penduduk risau rumah dinaiki air.
“Bagi saya, tidak kisah siapa pun calon bertanding saya tetap akan memilih PH, Haji Nazri pula dah lama kenal kerana beliau merupakan rakan lama arwah ayah,” katanya ketika ditemui di Medan Selera Benteng @ Ampangan, di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Muhammad Nazri berkata, beliau membawa pendekatan kempen berkunjung dari rumah ke rumah bagi memahami dengan lebih dekat isu dan keperluan penduduk.
“Saya suka mendengar, memahami masalah rakyat dan berfikir seterusnya mencadangkan penyelesaian terbaik.
“Bagaimanapun tidak semua pandangan boleh dilaksanakan segera atau segera keseluruhan, kita akan pertimbangkan mana yang sesuai,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Rakyat selesa dengan calon PH, selalu turun padang appeared first on Kosmo Digital.
