Auto Added by WPeMatico

AKTOR sensasi Indonesia, Jefri Nichol melahirkan rasa pelik apabila hantaran media sosialnya dibanjiri dengan komen dalam dialek Kelantan.
Tidak memahami setiap komen tersebut, Jefri, 27, meminta bantuan netizen untuk menterjemahkan komen dialek Kelantan kepada ayat yang difahaminya.
“Dalam hantaran ini, juga ramai orang Malaysia komen.
“Ada yang boleh bantu terjemahkan?” katanya dalam platform Threads.
Perkara tersebut disuarakan Jefri selepas foto yang diambil pada sebuah cermin dihujani komen netizen dari Malaysia.
Antara komen diterimanya adalah usikan nakal netizen mengenai hubungan cinta dengan pempengaruh media sosial, Ameera Khan sebelum ini.
“Jepri, bakpo gambar bayange celoh kekeng pulok huk aloh pening bebi.
“Bebi nok cari orey hok panda makey budu nge ikey singgey bukey jate hok makey nasik ayey penyekk supo mung ni.
“Itulah Jepri, mu wak hal lagi ngan sek Kelate, abis belaka sek Kelate mari,” usik netizen.
Sebelum itu, dia juga mempersoalkan tindakan netizen Malaysia ‘berkumpul’ dalam satu hantaran Threads dia berkongsi video dan foto bersama ibunya.
Difahamkan, rata-rata komen dialek Kelantan tersebut susulan dia pernah menjalin hubungan Ameera yang juga adik kepada selebriti Neelofa.
Pada November tahun lalu, hubungan cinta Ameera dan Jefri didakwa terlerai selepas kedua-duanya memadam foto bersama serta tidak lagi saling mengiktui akaun Instagram masing-masing. – HIBGLAM
