Auto Added by WPeMatico

![]()
REMBAU – Keluarga Allahyarham Suri Narudin, 53, hadir di Mahkamah Majistret, di sini hari ini bagi mengikuti sebut semula kes pembunuhan tragis berkenaan.
Anak saudaranya, Sara Alias, 38, berkata, keluarga mereka hadir bagi melihat sendiri perjalanan kes, selain mempertimbangkan untuk melantik peguam pemerhati bagi mengikuti prosiding melibatkan ibu saudaranya itu.
“Peguam pemerhati itu kita akan lantik selepas tengok keadaan prosiding nanti. Kita akan lihat sama ada tertuduh akan melantik peguam atau diwakili peguam secara percuma. Jadi baharu kita buat keputusan, jika tiada keperluan kita tak lantik.
“Namun, besar harapan kita agar tertuduh mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya. Perasaan saya bila tengok tertuduh di mahkamah bercampur baur, rasa nak marah ada, nak nangis ada, mengigil pun ada, tapi kepuasan dapat tengok sendiri depan mata dia dalam kandang tertuduh,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.
Menurutnya, seramai 10 ahli keluarganya dari Kuala Lumpur dan Sarawak hadir bagi mengikuti perjalanan kes berkenaan hari ini.
Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali hari ini menetapkan 3 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula bagi laporan bedah siasat.
Tertuduh, Zainizan Zainal, 52, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret setelah dituduh kali pertama pada 26 Disember tahun lalu.
Mayat Suri ditemukan di dalam sebuah beg dan ditanam di belakang sebuah rumah di Rembau, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE
The post Mengigil lihat tertuduh kes bunuh Suri appeared first on Kosmo Digital.