Auto Added by WPeMatico

SINGAPURA – Newcastle United sudah bersedia bermain tanpa Alexander Isak apabila pengurusnya, Eddie Howe menyatakan pendirian tegas tentang masa depan penyerang itu.
Howe menjelaskan adalah lebih baik untuk kelab itu memberikan perhatian mendapatkan pemain baharu yang mungkin mampu mengisi tempat Isak ketika melaksanakan tugasan menyerang.
“Sudah pasti kami tidak akan tertipu. Kami perlu membawa masuk pemain baharu dan sudah lama kami menyedari perkara ini.
“Pada penghujung musim lalu, kami berjaya melakukan semua mengikut apa yang dimahukan. Jendela perpindahan ketika ini pasti mencabar tetapi kita tunggu dan lihat apa yang boleh kami lakukan selepas ini,” katanya.
Ketiadaan Isak menyaksikan jentera serangan Newcastle dilihat kurang menyengat biarpun hanya tewas tipis 2-3 kepada Arsenal dalam aksi pramusim di Stadium Nasional Singapura kelmarin.
Difahamkan, keputusan The Magpies tidak menyenaraikan Isak dalam kempen pramusim di Asia ketika ini disebabkan masalah kecederaan paha walaupun realitinya penyerang Sweden itu sudah memaklumkan kemahuannya untuk mencari angin baharu.
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dilaporkan antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Isak selepas pemain sayapnya, Luis Diaz semakin hampir menyertai Bayern Munich dalam masa terdekat.
Ia pastinya memberi tamparan hebat kepada Newcastle selepas penyerang sasaran mereka, Hugo Ekitike memilih untuk menyertai Liverpool dan kini perlu berusaha mengikat khidmat penyerang Brentford, Yoane Wissa. – AGENSI
The post Newcastle sudah muak pujuk Isak appeared first on Kosmo Digital.