Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Tidak tahu cukai jalan tamat tempoh disebabkan banyak kereta dan wang tidak mencukupi antara alasan diberikan lima pemandu yang ditahan selepas memandu kenderaan mewah dalam Ops Luxury di Persiaran Setia Perdana di sini, semalam.
Kesemua pemandu lelaki berusia 30 hingga 63 tahun ditahan bermula pukul 10.56 pagi hingga 1.27 tengah hari.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, pemeriksaan mendapati mereka memandu jenis BMW, Mini Countryman, Denza, Tesla dan Toyota Alphard dalam perjalanan ke Setia Alam dan Seksyen 7.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati cukai jalan mereka telah tamat tempoh antara setahun hingga dua tahun selain tiada insurans.
“Siasatan lanjut mendapati ada antara mereka memberikan alasan tidak mempunyai wang, tidak sempat perbaharui sertai terlampau banyak kenderaan sehingga tidak tahu mana yang telah tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM).
“Ada kenderaan digunakan salah seorang pemandu didapati adalah milik syarikat tempatnya bekerja,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau menambah, semakan mendapati dua daripada pemandu mempunyai rekod lampau JPJ.
Jelasnya, kesemua kenderaan kemudiannya disita di JPJ Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.
“JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post “Kereta banyak sangat, tak tahu mana tamat cukai jalan” appeared first on Kosmo Digital.
