Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Hakikat yang lebih berat adalah kita berhadapan dengan keadaan ekonomi yang sangat mencabar”.
Demikian ulasan Menteri Ekonomi yang baru dilantik, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berhubung kedudukan ekonomi semasa.
Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lebih perlahan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2027.
Jelas beliau, keadaan itu disebabkan oleh isu ketegangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global.
“Insya-Allah kebimbangan ini akan mendorong fokus saya dalam menentukan keutamaan yang perlu diambil,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.
Akmal Nasrullah berkata, tindakan yang bertanggungjawab bagi menghadapi cabaran itu adalah dengan meneroka segala ikhtiar dan pilihan yang ada.
Kata beliau, pihaknya perlu sedaya upaya meletakkan posisi ekonomi yang terbaik walau berhadapan dengan cabaran yang amat sukar. – KOSMO! ONLINE
The post Keadaan ekonomi sangat mencabar – Akmal Nasrullah appeared first on Kosmo Digital.