Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Sekurang-kurangnya 22 kubur dirosakkan oleh individu tidak dikenali di sebuah tanah perkuburan di Malang, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Tribunnews.
Penemuan itu dibuat di Tanah Perkuburan Umum (TPU) Desa Bantur awal pagi kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @malangraya_info menunjukkan berpuluh-puluh batu nisan musnah dan bertaburan di atas tanah.
Jurucakap Perhubungan Awam Polis Malang, Asisten Komisioner Bambang Subinajar mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan.
“Ketua Polis Bantur dan Unit Siasatan Jenayah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada penduduk.
“Kami sedang giat menjalankan siasatan dan mengumpul kenyataan daripada saksi. Beberapa bahan bukti turut diambil,” kata Bambang. – AGENSI
The post 22 kubur dirosak individu misteri appeared first on Kosmo Digital.