Auto Added by WPeMatico

![]()
SUNGAI BULOH – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kediaman di daerah ini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 6.27 petang.
“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Hafiz, setakat ini seramai tiga saksi telah diambil keterangan.
“Hasil siasatan awal, pihak polis membuka satu kertas siasatan di bawah seksyen 31(1)(a) akta kanak-kanak 2001,” katanya.
Justeru, ujarnya orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung krjadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Amirul Amin Shukor di talian 013-6695290. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja 13 tahun ditemui tidak bernyawa di rumah appeared first on Kosmo Digital.
