Auto Added by WPeMatico

TEl AVIV – Tel Aviv menyatakan bahawa Iran melancarkan kira-kira 100 dron perang ke arah Israel hari ini dan sedang berusaha untuk menembak jatuh dron-dron tersebut, susulan gelombang serangan udara Israel di seluruh republik Islam itu.
“Iran melancarkan kira-kira 100 UAV (dron) ke arah wilayah Israel yang sedang kami usahakan untuk memintasnya,” kata jurucakap tentera, Brigedier Jeneral Effie Defrin kepada wartawan.
Menurutnya, serangan Israel ke atas Iran melibatkan 200 jet pejuang yang menyerang kira-kira 100 sasaran di seluruh Iran.
Dalam pada itu, jet-jet Israel masih melancarkan serangan terhadap kemudahan tentera dan nuklear Iran selepas gelombang serangan pertama menjelang subuh hari ini.
Sekurang-kurangnya enam saintis nuklear Iran terbunuh dalam serangan Israel, lapor media Iran.
“Abdolhamid Minouchehr, Ahmadreza Zolfaghari, Amirhossein Feqhi, Motalleblizadeh, Mohammad Mehdi Tehranchi dan Fereydoun Abbasi merupakan saintis nuklear yang syahid dalam serangan Israel,” kata agensi berita Tasnim. – AFP
The post Iran lancar 100 dron serang Israel appeared first on Kosmo Digital.