Auto Added by WPeMatico

![]()
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan kepada semua 6,717 calon yang memperolehi 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 ke program matrikulasi bagi sesi 2026/2027.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon matrikulasi tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang.
“Pada masa sama, kuota kemasukan 90 peratus Bumiputera ke program matrikulasi kekal dan tidak terjejas,” katanya hari ini.
Sebelum ini, seramai 13,779 atau 3.55 peratus calon yang menduduki SPM 2025 merekodkan keputusan cemerlang dengan memperoleh kombinasi gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Selain itu, seramai 376 calon pula memperoleh keputusan cemerlang iaitu gred A+ dalam semua mata pelajaran. – KOSMO! ONLINE
The post 6,717 calon SPM dapat 10 A ke atas ditawar matrikulasi appeared first on Kosmo Digital.
