Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Meskipun sudah berpisah, pelakon Edika Yusof meraih perhatian ramai apabila berkongsi sekeping gambar mesra bersama bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri dalam media sosial.
Edika atau nama sebenarnya Mohd, Yusof Abd. Majid, 58, memuat naik satu hantaran Instagram foto bersama Nor Hidayah yang dilengkapi dengan kapsyen romantis.
“Jika dia (bekas isteri) sering tersenyum kepadamu, mungkin itulah petanda dia selesa dan suka berada di sampingmu,” katanya.
Edika dilihat menyambut hari bapa bersama bekas isteri dan keluarga pada Ahad lalu.
Namun begitu, tindakan Edika meletakkan tangannya di atas bahu bekas isterinya, Hidayah, meraih tumpuan netizen serta sekali gus mengundang spekulasi mengenai hubungan sebenar mereka.
Perkongsian Edika menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berpendapat pelakon itu masih menyimpan perasaan terhadap bekas isterinya dan berharap mereka dapat kembali bersama sebagai suami isteri.
“Saya doakan agar Edika dan Hidayah dapat bersatu semula amin, insya-Allah,” ujar pengikut.
“Semoga terbukalah untuk kembali bersama semula, pahit getir, manis pedas itulah yang akan mengukuhkan ikatan, berbincang dan tolak ansur dalam segala hal insya-Allah dipermudahkan,” tutur peminat.
“Saya suka tengok keluarga ini, semoga kembali bersama Edika dan bekas isteri,” komen netizen.
Sebelum ini, Edika dan Hidayah sah bercerai talak satu 5 Mei 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas bekas isterinya memfailkan perceraian pertengahan Februari lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 16 Januari 2004 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fareena Nurulhaq. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Sering tersenyum, petanda dia selesa, suka di sampingmu’ appeared first on Kosmo Digital.