Auto Added by WPeMatico

![]()
WASHINGTON: Kebakaran hutan yang merebak pantas berikutan tiupan angin kencang dan lonjakan suhu tinggi menggesa ribuan penduduk di bahagian timur negeri Washington berpindah.
Lebih 600 kediaman, premis perniagaan dan bangunan lain dilaporkan musnah dalam bencana alam terburuk pernah melanda rantau ini, menurut Datuk Bandar Spokane, Lisa Brown.
Tiga kebakaran utama dikesan marak di kawasan Old Trails, Fairview dan Autumn Lane yang mula tercetus pada Sabtu.
Kebakaran itu menyebabkan kepulan asap tebal menyelubungi rantau tersebut manakala hampir 21 kilometer persegi kawasan di sekitar Spokane iaitu bandar kedua terbesar di Washington hangus terbakar.
Secara keseluruhan, sebanyak 15 kebakaran besar direkodkan di seluruh negeri pada Ahad, meragut lebih 250,000 ekar kawasan tanah, kata Pesuruhjaya Tanah Awam Washington, Dave Upthegrove, dalam satu sidang media.
Neliau menambah, seramai 4,000 anggota bomba kini terlibat dalam operasi pemadaman di negeri berkenaan.
“Ini merupakan musim kebakaran yang amat luar biasa di kawasan Pacific Northwest,” katanya.
Jurucakap Pasukan Pengurusan Insiden Antara Agensi California 7, Benjamin Cossel yang berada di Washington bagi membantu operasi pemadaman memberitahu CBS News bahawa keutamaan utama kini tertumpu kepada kebakaran Autumn Lane.
“Ia mempunyai potensi paling tinggi untuk merebak luas dan menjadi tidak terkawal,” katanya.
Pergerakan kebakaran Fairview berjaya dihentikan setakat malam Ahad.
Walaupun kebakaran Old Trails masih aktif, Cossel mengesahkan bahawa bahaya utama telah berlalu.
Namun, beliau memberi amaran bahawa keadaan cuaca dalam beberapa hari akan datang boleh menjadi pemicu kepada fenomena kebakaran yang ekstrem.- AGENSI
The post Kebakaran hutan merebak pantas di Washington, ratusan kediaman musnah appeared first on Utusan Malaysia.
