Auto Added by WPeMatico
Karam Singh Walia inspirasi generasi akan datang – PM

![]()
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapanan takziah kepada keluarga wartawan, mendiang Datuk Karam Singh Walia yang dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.
Anwar dalam satu hantaran di laman X berkata, mendiang merupakan wartawan penyiaran yang amat dihormati dan telah memberikan sumbangan besar dalam dunia kewartawanan negara.
“Sumbangan dan dedikasi mendiang dalam dunia kewartawanan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar, akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
“Moga mendiang disemadikan dengan aman, dan keluarga diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi saat yang sukar ini,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan mendiang meninggal dunia pada pukul 3.30 pagi tadi di kediamannya di Klang, Selangor. – KOSMO! ONLINE
The post Karam Singh Walia inspirasi generasi akan datang – PM appeared first on Kosmo Digital.
