Auto Added by WPeMatico

KLUANG – Jabatan Penjara Malaysia sedang mengesan waris kepada seorang tahanan yang ditempatkan di Penjara Kluang di sini bagi membolehkan pengurusan mayat dilakukan.
Penjara Kluang dalam kenyataannya berkata, tahanan bernama R. Vinod Kumar telah dimasukkan ke penjara itu pada 7 Mac lalu, namun telah disahkan meninggal dunia pada pukul 8.43 pagi 21 Ogos baru-baru ini.
Katanya, mayat tahanan itu kini ditempatkan di Unit Perubatan Forensik Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK).
“Susulan daripada itu, pihak penjara telah melakukan pencarian ke alamat terakhir tahanan iaitu di No. 52, Tang Lian Garden, Segamat, Johor namun, gagal menemui warisnya.
“Semakan alamat terakhir waris iaitu di kediaman No. 6, Jalan Putra 1/48, Bandar Putra, Segamat, Johor juga bukan milik waris banduan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang mengetahui atau mengenali tahanan ini dan ada sebarang maklumat atau dapatan berkaitan warisnya boleh berhubung terus di talian Penjara Kluang 07-7875200.-KOSMO! ONLINE
The post Penjara Kluang cari waris Vinod Kumar appeared first on Kosmo Digital.