Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang penghantar berkongsi pengalamannya menerima pesanan daripada pelanggan yang ingin mengupahnya untuk membuang sampah.
Menerusi hantaran di Threads, individu itu memuat naik tangkap layar pesanan pelanggan untuk membuang beberapa beg sampah termasuk lampin bayi.
“Hidup ini keras. Tak mengapalah kalau orang panggil (upah) untuk buang sampah pun, asalkan kerja halal,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, pelanggan tersebut meminta penghantar terbabit membuang sampah berkenaan di kawasan berhampiran pondok pengawal keselamatan.
“Minta maaf boleh ke nak minta tolong buang sampah? Sebelum naik atas, sila ambil mana-mana troli paling besar di depan pondok pengawal keselamatan.
“Tiga beg sampah ringan, satu beg sampah lampin bayi,” menurut mesej pelanggan tersebut.
Perkongsian gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata pernah menggunakan khidmat perkhidmatan tersebut untuk tugasan lain.
“Saya pun selalu pesan penghantar barang untuk buangkan sampah sebab baru lepas pembedahan ‘caesarean’. Tiada siapa boleh bantu, mampu upah sahaja,” komen @Farahmedina
“Ikut undang-undang memang tak boleh, tapi orang kita, asalkan dapat duit, boleh saja,” kata Mukmin.
“Pernah juga upah pekerja pengantar barang untuk hantarkan kunci ke adik sebab adik tak dapat keluar rumah. Nasib abang penghantar barang itu pun baik sahaja,” komen @Ice_kopiy –KOSMO! ONLINE
The post ‘Tak mengapa upah buang sampah, asalkan kerja halal’ appeared first on Kosmo Digital.