Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) diiktiraf sebagai peneraju industri Acara Perniagaan selepas meraih Anugerah Kecemerlangan Industri (Perkhidmatan) pada Anugerah Industri Malaysia 2025 (MINDA 2025), malam tadi.
Anugerah itu disampaikan sempena Forum Komuniti Perniagaan ASEAN (ABCD 2025) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hairil Yahri Yaacob bersama Presiden Peniagawati, Datuk Emmy Suraya dan Pengerusi Gabungan Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Seri Dr. Abdul Malik Abdullah.
Penganjuran kali ini lebih bermakna apabil turut meraikan Ulang Tahun ASEAN ke-58 yang disambut hari ini, 8 Ogos, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama ekonomi serantau.
“Kami amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini yang bukan sahaja mengiktiraf komitmen pasukan kami terhadap kecemerlangan perkhidmatan, malah mengukuhkan peranan WTCKL sebagai perintis dalam landskap pusat konvensyen di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
Tambahnya, pengiktirafan itu membuktikan dedikasi WTCKL untuk terus menerajui trend industri, memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan dan memperjuangkan acara yang sejajar dengan agenda nasional serta ASEAN.
FMBA selaku penganjur MINDA 2025 mengangkat majlis ini ke peringkat serantau berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan kehadiran tokoh-tokoh perniagaan dari seluruh Asia Tenggara.
WTCKL dalam kenyataan turut menegaskan komitmen berterusan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab global pilihan dalam sektor Acara Perniagaan dengan memacu inovasi serta mengekalkan kecemerlangan dalam setiap penganjuran.- KOSMO! ONLINE.
The post WTCKL ungguli Anugerah Kecemerlangan Industri MINDA 2025 appeared first on Kosmo Digital.