Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) membeli semula tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dengan harga RM270 juta, iaitu RM130 juta lebih rendah berbanding nilai RM400 juta ketika aset itu dijual pada 2018.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, pembelian semula tanah berkenaan dibuat berdasarkan nilai pasaran semasa serta mengambil kira kesesuaian aset dengan kriteria pelaburan TH.
“Baru-baru ini, tanah di TRX yang dijual pada nilaian RM400 juta pada 2018, telah dibeli semula oleh TH pada harga RM270 juta berdasarkan nilai pasaran semasa.
“Ladang kelapa sawit UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd yang dijual pada nilaian RM800 juta, dibeli semula tahun ini pada nilai pasaran semasa RM695 juta (termasuk tunai RM115 juta, iaitu Enterprise Value sekitar RM580 juta),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH di Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Zulkifli berkata, pembelian semula kedua-dua aset itu membuktikan TH kini mempunyai kedudukan kewangan lebih kukuh dan mampu menilai semula aset berdasarkan kepentingan pendeposit serta kesesuaian pelaburan. – KOSMO! ONLINE
The post TH beli semula aset TRX, RM130 juta lebih rendah appeared first on Kosmo Digital.
