Auto Added by WPeMatico
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Eusoff Chin meninggal dunia pada usia 90 tahun, awal pagi ini.
Berita pemergian beliau dimaklumkan anaknya, Zuliana Mohamed Eusoff menerusi satu hantaran yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 pagi.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya sebelum dijadualkan dibawa ke Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya bagi urusan pengurusan jenazah dan pengebumian.
Allahyarham dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada September 1994 dan menyandang jawatan tertinggi badan kehakiman itu sehingga persaraannya pada Disember 2000.
Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham memainkan peranan penting dalam institusi kehakiman negara serta pernah mengetuai badan kehakiman Malaysia selama lebih enam tahun. – UTUSAN
The post Bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.
