Auto Added by WPeMatico

Buat laporan polis bukan sebab amaun (duit), tapi saya dianiaya orang nama Qalisya.”
Demikian kata pelakon Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 37, yang mendedahkan ‘terjerat’ mangsa scam (penipuan) seorang wanita asal Sabah.
Katanya yang enggan mendedahkan jumlah kerugian ditanggung, kes tersebut kini disiasat pihak berkuasa selepas laporan polis direkodkan di Balai Polis Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
“Kerugian saya tak banyak macam orang lain (Ojen). Selamat tujuh bulan saya cari. Ramai nama Qalisya di KK, bukan senang nak cari.
“Tapi dengan izin Allah, saya dapat cari dia. Itulah selama tujuh bulan saya tunggu dia bayar duit saya dan (sendiri) cari saya tak dia tak buat,” katanya kepada Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Risteena menafikan dia ‘menumpang’ kontroversi kisah scam seorang usahawan bernama Ojen demi tujuan publisiti produk perniagaannya.
“Saya cuba hubungi guna WhatsApp, semua tak delivered. Kata adiknya dia dah tak pakai nombor telefon sama.
“Orang cakap tumpang kes Ojen yang viral. Pada mulanya saya sangka orang yang scam saya adalah orang sama yang scam Ojen tapi ternyata bukan. Cuma saya rasa sindiket yang sama,” katanya lagi.
Jelas isteri kepada pelakon Isa Khan itu lagi, dia tidak berada pada kedudukan untuk mendedahkan jumlah kerugian ditanggung kerana semuanya kini berada dalam siasatan pihak berkuasa.
“Dah ada perjanjian dengan pihak polis. Dipendekkan cerita, polis tengah siasat (individu berkenaan) sekarang,” katanya.
Terdahulu, Risteena terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kinabalu, Sabah selepas dipercayai menjadi mangsa scam (penipuan) seorang penduduk tempatan di sana.
Dia bagaimanapun berkata, bukan semua orang Borneo atau Sabah tergamak melakukan penipuan demi mendapat keuntungan segera.
Baru-baru ini, kecoh dalam media sosial seorang usahawan bernama Ojen menjadi mangsa scam wanita asal Sabah yang mengakibatkan kerugian lebih RM200,000. – HIBGLAM
The post ‘Tujuh bulan saya cari Qalisya di KK, bukan senang’ appeared first on HibGlam.