Auto Added by WPeMatico

![]()
LIVERPOOL – Rahsia Liverpool seakan sudah dibaca dengan baik oleh Real Madrid menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) membabitkan kedua-dua pasukan di Anfield awal pagi esok.
Selain dibimbing oleh mantan pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso, gergasi Sepanyol itu dijangka mempertaruhkan seorang lagi bekas wira The Reds, Trent Alexander-Arnold pada perlawanan kali ini.
Alonso menegaskan keputusannya untuk tidak berlatih di Anfield adalah bagi memastikan segala perancangan serta data mengenai persiapan pasukan mengharungi perlawanan kali ini tidak diintip oleh Liverpool.
“Ini adalah keputusan saya kerana kami perlu bersiap sedia untuk hadapi perlawanan ini dan adalah lebih baik kami lakukan di pusat latihan sendiri, bukannya di tempat yang ada 200 kamera,” katanya.
Paling dinantikan buat peminat Liverpool sudah tentu mahu menyambut ‘kepulangan semula’ Alexander-Arnold di Anfield selepas tonggak pertahanan England itu dikritik hebat kerana mengambil keputusan berhijrah ke Sepanyol.
Alexander-Arnold menyedari ketika ini tuntutan tugas harus diutamakan, namun sama sekali tidak akan melupakan memori indah memenangi pelbagai kejuaraan bersama Liverpool selain turut mengesahkan enggan meraikan jika dia mampu menghasilkan jaringan.
“Saya fikir semua orang tahu detik seperti ini pasti akan berlaku. Kami akan ketepikan seketika emosi dan cuba bermain bola sepak sehabis baik yang kami mampu,” katanya. – AGENSI
The post Rahsia Liverpool dalam tangan Real appeared first on Kosmo Digital.