Auto Added by WPeMatico

![]()
KANGAR – Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) menyasarkan transformasi ekonomi negeri menerusi pembangunan industri perkhidmatan berimpak tinggi termasuk telekomunikasi, pendigitalan, pelombongan serta pembangunan Perlis Maritime Industrial Zone (PMIZ).
Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, pelaksanaan transformasi baharu PKENPs dirangka bagi meningkatkan prestasi kewangan, mengurangkan beban hutang dan memperluaskan operasi di luar Perlis melalui strategi Business Beyond Borders (BBB).
“Pendekatan baharu ini memberi penekanan kepada model perniagaan berasaskan aset, pembangunan industri baharu berimpak tinggi termasuk telekomunikasi dan pendigitalan serta pelombongan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Gan Ay Ling (PKR-Indera Kayangan) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Perlis ke-15 di Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.
Mohd. Shukri berkata, transformasi baharu itu dibahagikan kepada tiga fasa mengikut Pelan Strategik PKENPs 2026 hingga 2030.
“Fasa pertama bermula 2026 hingga 2027 memberi tumpuan kepada pengukuhan tadbir urus, penjenamaan semula serta pendigitalan bagi meningkatkan kecekapan operasi kumpulan PKENPs.
“Fasa kedua pada 2028 hingga 2029 memberi tumpuan kepada pembangunan projek hartanah strategik, industri baharu serta perluasan pasaran hasil pertanian bagi memenuhi permintaan domestik,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE
The post PKENPs intai transformasi ekonomi ala Singapura appeared first on Kosmo Digital.