Auto Added by WPeMatico

![]()
STATUS ‘Top 3’ pemain terbaik di liga rantau Asia berjaya melonjakkan lagi saham tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus melonjak apabila nilai pasarannya kini mencecah €650,000 euro (RM3.16 juta) ketika ini.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman statistik sukan antarabangsa Transfermarkt.com, nilai Arif Aiman meningkat mendadak sekitar €200,000 euro (RM980,000) dalam tempoh kurang 30 bulan berbanding ketika Mei 2023.
Kedudukan itu menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu menjadi pemain kedua termahal Harimau Malaya dalam skuad Harimau Malaya selepas tonggak pertahanan, Dion Cools yang memiliki tanda harga €1 juta (RM4.9 Juta).
Prestasi konsisten yang dipamerkan oleh Arif Aiman bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila dia berjaya tampil konsisten dengan meledak lapan gol dan merekodkan 11 bantuan jaringan dalam 14 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.
Malah, Arif Aiman turut mencipta sejarah apabila menjadi anak Malaysia pertama yang tercalon dalam Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2025 pada bulan lalu.
Pencalonan tersebut cukup untuk membuktikan nama Arif Aiman kini sebaris dengan pemain elit Asia meskipun hanya berada dalam senarai calon Top 3 selepas trofi berprestij itu dimenangi oleh bintang Arab Saudi, Salem Al-Dawsari.
Khidmat Arif Aiman pasti ditagih oleh Harimau Malaya menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 November depan.
The post Nilai Arif Aiman terus melonjak appeared first on Kosmo Digital.