Auto Added by WPeMatico

![]()
PORT DICKSON – Dua individu yang berlagak seperti pasangan kekasih tular sejak petang tadi melarikan jambangan bunga wang tunai bernilai RM700 di sebuah kedai di daerah ini.
Dalam hantaran tular di media sosial berkenaan, pasangan tersebut dikatakan memberikan transaksi palsu dan melarikan diri menaiki kenderaan jenis Proton Saga.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd. Ruslan Mat Kib mengesahkan menerima laporan kes itu yang berlaku pukul 6 petang kelmarin.
“Tempat kejadian di sebuah kedai bunga di Port Dickson. Kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran sebuah motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Pasangan kekasih ‘rembat’ bunga duit diburu appeared first on Kosmo Digital.
