Auto Added by WPeMatico

![]()
KEMAMAN – Luluh hati ibu bapa apabila melihat anak lelaki mereka sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman selepas kritikal akibat kemalangan di Jalan Ranggon, Kerteh, di sini, pada 1 Julai lalu.
Nahas berlaku apabila Muhammad Haziq Osman, 21, yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah traktor.
Ibunya, Arinab Mohd. Zin, 46, berkata, anaknya mungkin tidak perasan traktor itu kerana sedang bergerak perlahan tanpa memasang lampu pada waktu malam ketika hujan lebat.
“Kemalangan ini menjadi mimpi ngeri buat kami sekeluarga memandangkan anak saya mengalami banyak kecederaan.
“Kedua-dua kakinya, tulang belakang dan leher patah, jari manisnya putus selain mengalami pendarahan dalam paru-paru,” katanya kepada Kosmo!.
Menurutnya, hatinya pilu kerana Muhammad Haziq yang merupakan anak sulung daripada empat beradik kini hanya sekadar mampu membuka mata.
Bapa Muhammad Haziq, Osman Hashim, 46, berkata, anaknya baru selesai menjalani pembedahan tulang pada kedua-dua belah kakinya.
Katannya, anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dijadualkan akan menjalani pembedahan lain pada tulang belakang, leher dan paru-paru selepas ini.
“Saya dimaklumkan kos setiap pembedahan itu menelan belanja kira-kira RM13,500. Jujur saya katanya ia jumlah yang agak besar dan di luar kemampuan kami sekeluarga,” katanya.
Justeru, Osman merayu ihsan orang ramai untuk membantu keluarganya menampung kos pembedahan Muhammad Haziq dan sumbangan boleh dihulurkan menerusi akaun bank Arinab bernombor 13044020964917 (Bank Islam) atau menghubunginya di talian 011-3749 9063.
The post Anak bujang hanya mampu buka mata appeared first on Kosmo Digital.
