Auto Added by WPeMatico

![]()
NAYPYIDAW – Junta Myanmar menyerbu salah satu pusat penipuan internet (scam) paling terkenal di negara itu dan merampas sebilangan peranti Starlink, selepas siasatan AFP mendedahkan penggunaannya dalam pasaran gelap yang bernilai berbilion dolar.
Pusat penipuan internet yang menjalankan skim penipuan perniagaan atau percintaan berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar yang dilanda peperangan sejak wabak koronavirus.
Siasatan AFP bulan ini mendedahkan pembinaan baharu yang pesat di tapak pusat penipuan, manakala peranti menggunakan satelit milik syarikat bilionair, Elon Musk dipasang di bumbung lokasi tersebut.
Imej satelit menunjukkan apa yang kelihatan seperti blok pejabat dan asrama di sebahagian besar daripada kira-kira 27 pusat penipuan yang terletak di sepanjang laluan Sungai Moei di sempadan Thai-Myanmar.
Media dikawal junta, The Global New Light of Myanmar berkata, tentera menjalankan operasi di KK Park berhampiran sempadan Myanmar-Thai dan telah merampas 30 set penerima serta aksesori Starlink.
Tentera Junta menyerbu sekitar 200 bangunan dan menemukan hampir 2,200 pekerja di lokasi tersebut, lapor akhbar itu.
Desakan rentas negara oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar bermula pada Februari lalu, mengakibatkan tindakan keras besar-besaran yang membebaskan kira-kira 7,000 pekerja pusat penipuan internet. Ramai mengatakan bahawa mereka diperdagangkan untuk bekerja di kawasan berkubu.
Kegiatan penipuan di Asia Tenggara semakin meluas dengan nilai penipuan adalah sebanyak AS$37 bilion (RM156 bilion) pada 2023, demikian menurut laporan Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – AFP
The post Junta Myanmar serbu pusat ‘scam’, rampas peranti Starlink appeared first on Kosmo Digital.