Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Penilai bebas sistem rel yang dilantik untuk menilai Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati sistem tersebut berfungsi baik seperti yang diharapkan.
Menurut Malaysia Airports, penilai tersebut mendapati gangguan perkhidmatan yang diperhatikan sejak tren mula beroperasi merupakan perkara lazim yang sering berlaku pada fasa awal operasi sistem rel yang kompleks.
Katanya, penilai turut menyatakan dengan kawalan kejuruteraan yang tersusun serta pemantauan berterusan, isu-isu tersebut tidak menimbulkan risiko keselamatan dan boleh diurus secara berkesan melalui amalan kejuruteraan serta penyelenggaraan yang berdisiplin.
“Sepanjang pelaksanaan Pelan Tindakan Komprehensif yang bermula pada 15 November 2025, operasi Aerotrain kekal stabil dengan mencatatkan ketersediaan perkhidmatan operasi sebanyak 100 peratus pada Disember 2025, meningkat daripada 98.67 peratus pada Julai 2025.
“Peningkatan ini mencerminkan tahap ketersediaan sistem yang tinggi walaupun kerja-kerja pemeriksaan, pengujian dan pengesahan sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Penilaian bebas sahkan Aerotrain KLIA berfungsi baik appeared first on Kosmo Digital.