Auto Added by WPeMatico

BUENOS AIRES – Seorang anggota polis Argentina terkejut apabila mendapati aplikasi Google Street View menyiarkan imejnya tanpa seurat benang, lapor portal berita MailOnline semalam.
Anggota polis yang namanya tidak didedahkan memenangi saman terhadap syarikat gergasi teknologi itu.
Imej dipaparkan menunjukkan dia berdiri tanpa memakai sebarang pakaian di laman belakang rumahnya di Bragado, Buenos Aires. Gambar itu dirakam kenderaan Google pada 2015.
Foto tersebut tular selepas stesen televisyen tempatan menyiarkannya sebagai sebahagian daripada segmen berita khas mengenai keistimewaan di sebalik Google Street View di bandar yang mempunyai 45,000 penduduk itu.
Anggota polis itu mengetahui tentang imejnya semasa menonton program berita tersebut dan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Google Argentina pada 2017.
Ketika itu, Ketua Hakim, Eduardo Caruso berkata dalam keputusannya bahawa anggota polis itu tidak dapat membuktikan bahawa Google bertanggungjawab menyebabkan reputasinya terjejas.
Anggota polis itu kemudian membuat rayuan dan dia mengetahui minggu lalu bahawa panel tiga hakim mahkamah lebih tinggi mendapati gambar itu menceroboh privasi dan Google bertanggungjawab kerana menyiarkannya.
Ketiga-tiga hakim itu mengarahkan Google Argentina dan Google LLC membayar anggota polis itu sebanyak 3 juta peso (RM10,000) ditambah kadar faedah sejak 27 September 2017, menjadikan jumlah pampasan keseluruhan kepada 16 juta peso (RM53,000). – AGENSI
The post Menang saman Google kerana siar gambar polis tidak berpakaian appeared first on Kosmo Digital.