Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR- Rundingan ketetapan masa bagi mengadakan perjanjian antara Thailand dan Kemboja sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 esok perlu bergantung kepada jadual Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini, Malaysia sudah mempunyai ketetapan masa bagi menyaksikan pemeterian antara kedua negara, namun perlu bergantung kepada jadual pemimpin utama dunia itu.
“Perdana Menteri Thailand dijangka tiba malam ini, kita akan runding masa sesuai kerana banyak bergantung kepada jadual Trump.
“Kita sudah ada kita punya jadual, tapi kita tidak tahu jadual beliau macam mana. Jadi, kita akan lihat selepas Trump tiba,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.
Mohamad berkata, pada masa sama, beliau turut mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga diraja Thailand dan seluruh rakyat negara itu susulan kemangkatan Ratu Sirikit Kitiyakara.
Terdahulu, Trump dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi esok bagi mengadakan pertemuan diplomatik bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama, Trump juga jangka menghadiri majlis menandatangani perjanjian bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul berkaitan isu pertikaian sempadan kedua negara. – KOSMO! ONLINEi
The post Rundingan perjanjian Thailand, Kemboja bergantung jadual Trump appeared first on Kosmo Digital.