Auto Added by WPeMatico

![]()
SEREMBAN – Perbicaraan kes pemilik syarikat pelancongan umrah yang didakwa menipu seorang lelaki berkaitan pakej umrah dengan kerugian lebih RM115,0000 terpaksa ditangguhkan selepas tertuduh mengalami sakit gout.
Prosiding perbicaraan itu sepatutnya berlangsung di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dan esok.
Peguam Mohamed Musthafa yang mewakili tertuduh, Muzzamil Soliheen Musa, 48, memaklumkan anak guamnya mendapat cuti sakit akibat masalah kesihatan.
“Pukul 12.30 tengah malam tadi saya baru dimaklumkan oleh tertuduh dia mendapat cuti sakit (MC) hari ini dan esok kerana sakit gout,” katanya.
Hakim Mohamad Kamil Nizam menetapkan tarikh baharu perbicaraan pada 7 dan 8 Julai depan dan meminta pihak pendakwaan mengelak penangguhan pada tarikh akan datang memandangkan kes pada 2024. Pihak pembelaan kemudian memberi jaminan bahawa kes akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Sebelum ini, media melaporkan pada 2 Februari 2024, Muzzamil Soliheen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu lelaki berusia 53 tahun sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM115,030 pada 23 Januari hingga 30 Januari 2023 di sebuah syarikat di Nilai di sini.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan denda. Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal. – KOSMO! ONLINE
The post Pemilik syarikat kena gout, kes tipu pakej umrah ditangguh appeared first on Kosmo Digital.