Auto Added by WPeMatico

KOTA BHARU – Kolej Tingkatan Enam pertama di Kelantan yang ketika ini sedang dalam proses pembinaan dijangka beroperasi pada tahun depan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau sudah melihat perkembangan projek di Machang itu sepanjang tiga hari lawatan kerja di negeri ini.
Menurutnya, berdasarkan lawatan itu, beliau beliau berharap projek pembinaan kolej itu dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
“Saya sudah melihat projek pembinaan Kolej Tingkatan Enam di Machang itu. Insya-Allah kolej berkenaan akan dapat beroperasi pada tahun depan.
“Anak-anak akan dapat masuk ke kolej tersebut sekali gus mendapat pusat pengajian bagi pelajar tingkatan enam yang lebih selesa,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester 1 2025 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Fadhlina memaklumkan bahawa keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Kelantan merupakan antara yang terbaik dan konsisten.
Menurutnya, justeru, tumpuan perlu diberikan bukan sahaja melibatkan infrastruktur, tetapi aspek guru-guru dan pelajar-pelajar juga akan diambil kira. – KOSMO! ONLINE
The post Kolej Tingkatan Enam pertama di Kelantan dijangka beroperasi tahun depan appeared first on Kosmo Digital.