Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 53 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat lima, sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 8.15 pagi.
“Mangsa menetap di tingkat tiga. Tetapi ketika kejadian, mangsa disyaki terjatuh dari tingkat lima bangunan dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mayat mangsa kemudiannya ditemui orang awam. Bagaimanapun keluarga mangsa tidak mengetahui tentang kejadian tersebut sehinggalah dimaklumkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Mohamad Lazim berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai mengalami masalah keluarga.
Tambah beliau, mayat si mati dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Katanya, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE
The post Masalah keluarga punca lelaki terjatuh dari tingkat lima kondominium appeared first on Kosmo Digital.