Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa kejohanan Warzone World Championship (WWC) tidak mendapat kelulusan.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, sebarang penganjuran sukan, khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].
“KBS menasihatkan semua pihak agar mematuhi peraturan bagi menjamin integriti dan keselamatan sukan negara.
“Bagi sebarang penganjuran acara sukan antarabangsa yang tidak mendapatkan kelulusan PJS, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 36, Akta 576,”kongsinya di laman Facebook hari ini.
Terdahulu, kejohanan tersebut mengundang beberapa kontroversi ekoran gimik yang dikatakan agak keterlaluan dibuat oleh petarung Malaysia iaitu Yusuf Azmi dengan petarung Indonesia, Yunus Martin.
Difahamkan, kedua-dua petarung itu akan berentap pada (WWC) International Influencer Super Lightweight Champion yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember depan.
Ekoran gimik tersebut, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali tampil menegur Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia itu.
Menurut Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, teguran itu bukan untuk menunjukkan sikap kurang ajar dengan orang lebih dewasa.
“Tapi kalau orang tua perangai macam budak sapa nak hormat. Jojo, family (keluarga) Jojo and ramai lagi orang orang dalam komuniti combat sports (sukan tempur) ada dalam bidang ni lama sebelum pakcik (Yusof Azmi) datang.
“Kita naikkan Muay Thai dari 0 (tiada apa-apa), pakcik datang bila dah hype (terkenal) pastu buat perangai bangang, sapa tak marah pakcik,”luah Jojo.-KOSMO! ONLINE
The post Kejohanan WWC tidak dapat kelulusan KBS – Hannah Yeoh appeared first on Kosmo Digital.